Kehidupan...
Di malam hening ini, hatiku terpanggil untuk meneruskan bicara... . Banyaknya bicara sendu akhir-akhir ini. Ohhh blog ini sepertinya telah lari konsep. Tiada lagi kisah kembara...yang ada hanya kisah-kisah sendu dalam kehidupan... . Benarkah kehidupan ini dipenuhi dengan kesedihan-kesedihan. Aku tidak mahu menjadi insan yang kufur nikmat. Lupa bersyukur dengar limpahan nikmat Ilahi yang tidak terhitung banyaknya.
Bukan. Bukan itu maksudku. Nikmat Ilahi buatku amat banyak dan sememangnya tidak mungkin terhitung. Cuma, hati yang lemah ini kadangkala sekadar ingin meluah rasa, buat tatapan diriku jua, menyimpul kenangan di sini, moga ia memberi hikmah di kemudian hari.
Hakikat...
Sememangnya hakikat kehidupan penuh dengan tipudaya. Kejujuran yang diberikan tidak akan menjamin balasan kebaikan. Di dunia. Tapi, bagi insan yang berfikir jauh pasti bersyukur dengan setiap keperitan kerana dengan keperitanlah manusia ditarik untuk berfikir tentang alam dan kehidupan seterusnya memanjatkan syukur kepadaNya..
En R.., pentadbir sekolah itu.
Kesakitan hatiku padanya meskipun masih berbekas tetapi telah aku biarkan berlalu. Selepas peristiwa itu, aku sengaja menunjuk 'hint' kepadanya sebagai seorang pemimpin dan pentadbir sekolah supaya tidak menyalahgunakan kuasa yang ada. Setiap kali bertembung di mana-mana aku sengaja tidak menunjukkan reaksi atau dengan kata lain, buat tak nampak saja. Emmm... kerasnya hatiku. Entahlah. Mungkin. Memang. Memang aku sudah cukup bosan dengan sikap ego orang berkuasa yang menggunakan kuasanya ikut sesuka hati mereka. Oleh kerana kita orang biasa, maka mereka sentiasa betul meskipun ternyata salah.
Aku tahu dan sangat yakin, En R sangat perasan perubahan sikapku terhadapnya, kalau dulu aku dilihat selalu hormat kepadanya tapi kali ini aku nampak marah sangat kepadanya. Biarkan. Hati kerasku langsung tidak kisah tentang itu. Biarkan dia tahu dan kalau boleh aku harap dia yang suka bercerita itu, bercerita pula kepada para pentadbir yang lain bahawa aku marah sangat padanya. Biar mereka berfikir sikit betapa mereka telah menyalahgunakan kuasa dan menganiaya aku guru biasa yang tidak berjawatan ini.
Tidak cukupkah penjelasan @ peringatan secara baik yang aku telah berikan sebelum ini. Mengapa surat 'byhand' (bukan surat layang) lapan mukasurat sebelum ini tidak langsung membuka mata mereka. Sudah tertutup rapatkah pintu hati mereka. Besar sangatkah kedudukan mereka. Entah kenapa aku malas untuk ambil peduli dengan kuasa mereka.
Positif...
Selang beberapa hari selepas kedinginan itu, En R cuba-cuba untuk menegur aku, entah apa maksudnya, aku tidak pasti. Dulu, sebelum ini aku pernah mempositifkan diri apabila orang paling atas sebelum datangnya pentadbir baru tiba-tiba jadi tersangat-sangatlah baiknya kepada aku. Hairan memang hairan. Tapi, aku cuba positif, mungkin mereka menerima baik penjelasanku yang telah aku cuba lakukan dengan cukup berhikmah dan merendah diri itu meskipun akulah yang mereka zalimi. Tapi, sikap dan luahan kata En R yang negatif tempohari sangat-sangat mengecewakan aku. Mengapa golongan ini merendahkan diri mereka serendah itu kerana ingin memelihara ego yang cukup tinggi. Aku sedih dan tidak menyangka walaupun tidak terkejut-betapa egonya mereka. Perkara besar yang mereka lakukan kepada orang lain dianggap tidak ada apa-apa. Memang jahat!!!
Waspada.
Oleh itu, kali ini aku memberitahu diriku, berwaspadalah.... . Kerana kehidupan ini penuh dengan tipudaya. Jika tidak, bukanlah ia dinamakan KEHIDUPAN.....
p/s: Berilah peringatan LILLAHITAALA buatku para sahabat, jika aku tersilap perhitungan...






